Jumaat, 28 Februari 2014

Protes FAM

Assalammualaikum dan hai :)

Aku dengar cerita..

.

Ist Half

1minit permulaan bertafakur tanda hormat kepada pejuang negara yg terkorban dalam tragedi Lahad Datu.

30minit diam tanda protes kepada FAM dan Sekutunya..

Jika gol dalam masa 30 minit tu jerit la GOL.. takkan jerit tolong ! tolong !

Kemudian, kembali diam.. krikk..krikkk..krikk. .

2nd Half

Chant macam biasa..

yang penting bagi aku jangan dipangako sayoqkan sudah.

Selasa, 25 Februari 2014

Selangor perlukan Power Rangers

Assalammualaikum dan hai :)

Aku dah cakap.

Itulah tak nak dengar.

Kan dah jadi.

1 - 1



Siapa suruh Thamil makan Roti Canai?

Siapa suruh Andik makan Bakso?




Mamat Power Rangel ini juga yang menghulur jari kaki!

Bojan lepak dengan Jiminez

Assalammualaikum dan hai :)

"Ku main tarik tali malu mahu memulakan blablabla"

Begitulah petikan gitar keriangan dan hentaman deram yang geram yang menghentam Kelantan dan juga kelab-kelab lain apabila Jiminez bukan lagi pengurus JDT!

Yeay! Yeay tengkorak neuron kau hahaha tahniah kepada Bojan kerana kini menjadi kepala kemudi Chopot dan Abg Aimar tak lupa pemain lain sama ada di atas padang atau set kerusi empuk kereta lumba..

Lepas ini mohon luaskan kuasa mana tahu layak AFC :)

Sabtu, 22 Februari 2014

Pelanduk Dua Serupa


Kembar

Semua orang mesti ada kawan, yang mempunyai kembar bukan ?

Kadang2 kita jadi pening dan tak dapat bezakan mana satu kakak/abang dan mana satu adik !

Minat mereka juga mungkin berbeza

Dalam dunia perbolakan persepakan bola sepak , tidak kiralah tempatan mahupun antarabangsa juga mempunyai kembar yang berkongsi jiwa dan minat yang sama  ! BOLA SEPAKKK !!!




Aidil Zafuan dan Zaquan Adha


Aidil Zafuan ( kanan ) Zaquan Adha ( kiri )


Mungkin taktik untuk mengconfusekan pihak lawan ? 


Rafael Pereira Da Silva & Fabio Pereira Da Silva ( nak sebut pun berbelit lidah )



Comel la pulak tengok lama2 hahaha XD



Rafael dan Fabio Da Silva juga kembar , sehati sejiwa mempunyai bakat yang sama dalam dunia bola sepak. Kedua duanya pernah bermain untuk MU n player untuk negara asal depa , Brazil . Kalau sekarang, Fabio main sebagai defender untuk Cardiff City , dan Rafael main untuk MU sebagai right back





Tidak lupa juga kepada orang yang tiada pertalian darah langsung

tapi muka depa sebijik gila nak mampuih !





Enzo Ferrari, pengasas kepada Ferrari ( gambar kiri ) meninggal pada 1988 

Mesut Özil, pemain bola sepak (gambar kanan ) lahir pada 1988


Kebetulan?








Ronaldo bergambar bersama peminat muda yang seiras dengannya di Madrid








Messi dengan Adam Young ?

WOW !!! Owl City tuuuuuuuuuuu yang duet dengan Yuna dalam lagu Shine Your Way <-- klik untuk dengar !



Oh begitulah ,


Kata orang kat dunia ni ada 6 orang muka sama dengan kita , kalau campur kita 7 laa

Dan sampai sekarang aku tak jumpa lagi orang yang muka sama cam aku :'( 

Mungkin ada di Bangladesh , India mahupun Vietnam barangkali ?





Who knowss 






Kembar ? Lol






@aliayeaaahhhh




Senarai nama yang lawak

Assalamualaikum dan salam satu kangkung :)

Hari ni saya hendak berkongsi satu gambar yang akan mebuatkan saudara/saudari tergelak . Gambar ni lebih lawak daripada program Skool Of Lawak di Astro Warna .


Walaupon ejaan salah , saya tetap berbangga dengan anak2 muda ini yang masih meminati bermain bola . Sekian .

Jumaat, 21 Februari 2014

FAILLOL! - Sepakan Penalti Paling Gagal

Assalammualaikum dan hai :)

Jangan salahkan Wenggelenger atas kebijakan Ozil mengumpan bola mudah terus ke tangan Neuer. Dan jangan puji Szczesny kenapa buat bodoh dengan sepakan impak maksima oleh David Alibababa mengelamun teringat belum balas Whatsapp awek Ampang sebab Joe Flizzow dah tackle dulu. Paling penting jangan salahkan Abang Thamil Arasu pasal sepakan penalti lawan Indonesia dulu. Thamil Arasu lupa makan kari dal mungkin!

#RESPECT - Keeper Paling Cekap Di Dunia

Assalammualaikum dan hai :)

Aku tahu budak lasagna salut Buffon. Aku tahu minah Mr. Potato salut Cassilas. Tapi aku yakin gegirl iollss uollss gedik bajet semua nak keluar makan mee goreng mamak dengan De Gea. Tapi aku tahu akan lahirnya nantis seorang penjaga gol yang paling hebat di dunia yang datangnya dari Malaysia. Bagero punya budak troll aku dengan tajuk video diorang!

Hanya Mat Yo Yang Tahu

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia :)

Baru-baru ini, jurulatih sementara Harimau Malaya (HM) iaitu Datuk Ong Kim Swee (OKS) telah membuat perubahan dalam skuad kebangsaan. Banyak nama-nama baru telah tersenarai, namun begitu tidak lupa juga kepada skuad senior seperti Aidil Zafuan, Safee Sali, Nor Sharul Idlan Talaha dan ramai lagi.
Disebabkan itu, ramai pemerhati bolasepak tanah air mengkritik hebat keputusan yang dibuat oleh OKS. Namun begitu, Datuk OKS menegaskan bahawa keputusan beliau adalah demi menyelamatkan masa depan skuad kebangsaan.

Kesemua pemain yang telah tersenarai telah dipanggil untuk menjalani latihan sesi pertama skuad kebangsaan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin. Sungguhpun begitu, pemain kelahiran Terengganu, Nor Sharul Idlan Talaha ataupun lebih dikenali sebagai Mat Yo, gagal melaporkan diri ketika hari pertama latihan dijalankan.

“Memang betul, pada mulanya dia (Mat Yo) tidak melaporkan diri (bersama skuad kebangsaan). Hanya malam tadi (semalam), dia datang berjumpa dengan saya dan menunjukkan sebab serta memberikan alasan yang kukuh."


Berikut kata-kata dari Datuk Seri Subahan yang juga merupakan pengurus HM. Apa apa pun, kita tunggu sahaja kenyataan yang akan dibuat oleh Mat Yo berhubung isu tersebut.

Liga Perdana Inggeris

Assalamualaikum dan Salam Satu Kangkung :)

Ini post pertama daripada saya . Kalau terkurang harap dimaafkan . Kita kan dah dapat BR1M .

Liga Malaysia buat ketika ini akan berehat sehingga 7 Mac demi memberi ruang kepada Skuad Harimau Malaya berlatih . Skuad Harimau Malaya akan bertemu Filipina pada 1 Mac dalam perlawanan persahabatan dan kemudian akan bertandang ke UAE untuk bertemu Yaman dalam Kelayakan Piala Asia .

Tetapi , liga eropah2 tetap akan ada pada hujung minggu ini terutamanya Liga Perdana Inggeris yang begitu digemari oleh rakyat2 Malaysia , Berikut jadual Liga Perdana Inggeris minggu ini :

Chelsea lawan Everton
Arsenal lawan Sunderland
Cardiff City lawan Hull City
Manchester City lawan Stoke City
West Bromwich Albion lawan Fulham
West Ham United lawan Southampton
Crystal Palace lawan Manchester United
Liverpool lawan Swansea City
Newcastle United lawan Aston Villa
Norwich City lawan Tottenham Hotspur

Oleh itu , rancang la perjalanan anda sebaik-baiknya kalau mahu menonton perlawanan BPL ini . Sekian .


Khamis, 20 Februari 2014

Aidil dan Zarema

Assalammualaikum dan hai :)

Aku tak kisahlah kehidupan peribadi pemain bola manapun. Nak kahwin ke cerai ke apa ke sebab apa yang aku pentingkan ialah kemenangan paling utama! Kepada haters, kepochi dan keyboard warrior tak perlulah ambil tahu kehidupan sulit abadi mereka. Biarkan mereka tenang. Berikan mereka ketenangan. Supaya dibalas kemenangan. Tak lupa juga untuk menjadi ketua pasukan jangan pernah lupakan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan semoga anda bahagia hingga ke akhir hayat!




Penjaga gol perempuan paling lol

Assalammualaikum dan hai :)

Antara admin kami di Bolalol ialah seorang perempuan. Setiap entri beliau akan diakhiri dengan '@aliayeahhhh'. Dia juga merupakan seorang penjaga gol yang cun lagi comel . Tapi aku percaya dia adalah penjaga gol terhebat di Malaysia. Dan aku percaya dia mampu menjaga gawang untuk terus dibolosi hahaha. Jangan marah. Yang penting janganlah samakan perempuan dan Casillas yang duduk di bangku bukan Recaro!

#PresidenFAMSilaLetakJawatan

Assalammualaikum dan hai :)

20.02.2014.
Aku tak tahu apa yang dah jadi dengan rakyat Malaysia. Kecoh lautan berapi biru burung biru berjilid Twitter mengenakan trending tertinggi alam mahamaya iaitu .... yang mampu mencetuskan perasaan perasan kepada manusia lain. Aku tak tahu apa yang aku mengarut tak tentu pasal. yang penting trending untuk hari ini ialah:


Nampak besar aku kasi anda semua lihat sendiri! Kalau tak percaya anda tweet sendiri bawah ini:

Kapten Harimau Malaya 2014

Assalammualaikum dan hai :)

Setelah penafian Piya selaku kapten Harimau Malaya mungkin sebab sifat warak dan merendah diri beliau secara fizikal dan rohani, akhirnya jurulatih yang nampak belum juruletih telah melantik kapten baru dan penolong kapten yang baru. Siapa? Yang penting bukan Chopot!

Sumber utama dari Abg Nickel.




Rabu, 19 Februari 2014

Kenangan - Bola Sepak Zaman Budak Dulu-Dulu

Assalammualaikum dan hai :)

Aku rasa kita semua pernah lalui zaman budak-budak. Tak dilupakan ada yang dah besar pun kebudak-budakkan. Tapi oleh kerana zaman dah maju budak-budak bandar sekarang main bola dalam court futsal dan atas padang set lengkap jersi, seluar, kasut mahal dan stokin baru keluar daripada plastik. Siapa yang jumpa budak sekarang main futsal atas court getah guna selipar jadi keeper mungkin anda telah biol atau badigol. Hurmm daripada jadi samdol baik layan cendol. Tapi gula dah mahal!


Pemain bola sepak disambar kilat

Assalammualaikum dan hai :)

"Mat, balik hari nak hujan!", kata ibu Mat sambil merenung ke langit.
"Relaks mak simpanan ASNB kan hado", kata Mat yang sedang bermain bola bersama Abu.
"Apa kena mengena ASNB lololololol..." kata ibu Mat sambil kilat menyambar cuping telinga anaknya.
Rupa-rupanya suara ibu Mat umpama hallilintar dan kilat sebenar telah menyabar Mat.
Konklusinya janganlah bermain bola atau meragut rumput tatkala hari mendung dan kilat sabung-menyabung ayam disabung!


Vuvuzella

Bola Sepak tanpa penyokong ibarat kereta tanpa minyak

Nasik tanpa lauk

Astro tanpa TV

Burger tanpa daging

Kentut tanpa bau








 Bolasepak tanpa penyokong memang tidak bermakna

 tapi bolasepak tanpa rasuah amat bermakna :')









@aliayeahhhh

Hantu - Gol Berhantu

Assalammualaikum dan hai :)

Aku tak tahulah dalam arena bola sepak ada menggunakan upacara panggil hantu atau apa. Tapi yang penting bukannya taktikal dan teknikal yang menentukan kehebatan seseorang. Yang diperlukan ialah jampi serapah atau ubat kuat cap kuda kapal laut untuk menentukan bola masuk gol. Jadi lepas ini bolehlah Thamil Arasu ajak Ceplos tolak tiang sebab sepakannya perlukan tiang bergerak!

#RESPECT - Wak Am ayamkan MUnyet

Assalammualaikum dan hai :)

Hari tu lepas Wak Am assist untuk Safee Sali dia berkata sesuatu pada kamera. Tapi bukan itu yang aku nak cerita. Cuma aku nak cakap dia adalah seorang pemain yang prolifik lagi berkualiti. Terkenang kembali pemain inilah yang telah membuat Edwin van der Sar, Ben Foster dan Victor Valdes telah geleng kepala tatkala gawang mereka bolos. Mungkin sebab beliau budak Tanjung Karang. Mungkin sebab tempe Tanjung Karang ada protein yang membuatkan beliau sebegini. Buat yang terbaik untuk perlawanan Filipina Pangako Sayo jangan kena sayoq sudah! #RESPECT

Harimau Malaya: Skuad Ong Kim Swee

Assalammualaikum dan hai :)

Aku rasa ramai yang dah tahu pasal pemilihan skuad Harimau Malaya oleh Datuk Ong Kim Swee. Cuma aku nak kongsi juga. Lihat di bawah:

1. Baddrol Bakhtiar (Kedah)
2. Mohd Farizal Marlias (Selangor)
3. S. Kunanlan (Selangor)
4. Bunyamin Umar (Selangor)
5. Mohd Safee Sali (Johor Darul Takzim)
6. Mahalli Jasuli (Johor Darul Takzim)
7. Mohd Amri Yahyah (Johor Darul Takzim)
8. Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak (Johor Darul Takzim)
9. Norshahrul Idlan Talaha (Johor Darul Takzim)
10. Safiq Bin Rahim (Johor Darul Takzim)
11. Mohd Shakir Shaari (Johor Darul Takzim)
12. Mohd Fadhli bin Mohd Shas (Johor Darul Takzim)
13. Mohd Nazrin Nawi (Johor Darul Takzim)
14. Azamuddin Mohd Akil (Pahang)
15. Mohd Hafiz Kamal (Pahang)
16. Mohd Razman Roslan (Pahang)
17. Mohd Khairul Azhan b. Mohd Khalid (Pahang)
18. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
19. Mohd Badhri B. Mohd Radzi (Kelantan)
20. Ahmad Fakhri B. Saarani (Kelantan)
21. Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu)
22. Putera Nadher Amarhan Maderner @ Junior Eldstal (Sarawak)
23. Amiridzwan Taj Tajudin (ATM)
24. Bobby Gonzales (PDRM)
25. Muhammad Nazmi Faiz Mansor (PKNS FC)

Manakala 7 lagi pemain di dalam senarai simpanan:
1. K. Gurusamy (Selangor)
2. Mohd Azmi Muslim (Selangor)
3. Mohd Izham Tarmizi Roslan (Johor Darul Takzim)
4. Christie Jayaseelan (ATM)
5. Affize Faisal Mamat (ATM)
6. Venice Elphi Ak Danny Kaya (ATM)
7. Mohd Helmi Remeli (PKNS FC)


Okay! Lawan Filipina 1 Mac dan lawan Yemen 5 Mac. Aku rasa walaupun ramai yang mempertikai kenapa masih ramai muka sama tapi aku dapat lihat ada banyak juga sebenarnya pemain yang muka lain menghiasi skuad Harimau Malaya kita. Semoga Harimau Malaya berjaya, maju, menang sebab aku tak nak tunggu tahun 2986 baru Malaysia layak.

Maskot Piala Dunia Brazil 2014

Assalammualaikum dan hai :)

Bahang Piala Dunia semakin dirasai. Messi dan Ronaldo mula jaga kaki supaya tak injured tapi Torres dan Negredo berusaha mencari tempat sebagai penyerang sulung. Manakala Chopot dan kawan-kawan masih berusaha demi negara. Tapi untuk melayakkan Malaysia ke Piala Dunia pada tahun 2986. Yang penting tenggiling yang sering dibuat sup oleh sesetengah restoran eksotik telah dijadikan maskot Brazil.


Itupun sebenarnya aku tak kisah sangat kalau Encik Tenggiling dijadikan maskot sebab kalau maskot macam...


Mulalah hangat sana-sini almaklumlah orang kita kalau dah sejuk nak panas sudahnya betul-betul panas eheheh tiada kena mengena haha



Chopot kena tendang

Assalammualaikum dan hai :)

Nak main buat cara main. Bukan main-main atau main erti kata lain. Nak sepak buat cara sepak. Nak terajang buat cara terajang. Kalau nak terajang tu biar kasi kaw-kaw punya! Hahaha lol! Jangan buat begitu tau. Kesian pemain lain. Kesian Chopot.

Refflol - Reff atau pemain ke-12?

Assalammualaikum dan hai :)

Hebat manapun sesuatu pasukan kalau taktikal macam haram dan ketiadaan kesefahaman takkan pergi mana sesuatu pasukan. Tak kisahlah hebat ke faham ke kalau ada reff yang yang bermuka blur dan tahap flappy bird markah 0000 tak guna jugak. Jadi ayuh jadilah seorang yang adil lagi saksama.
Mari menggamit memori mengenai reff!


#RESPECT : Ozil Berdoa

Assalammualaikum dan hai :)

Kami di Bolalol amat respect kepada semua pemain bola tidak kiralah luar negara atau Malaysia jika sebelum perlawanan berdoa. Bukannya tengking sana, chant carut sini-sana, pemain gaduh-gaduh.
Tak mau okay!


Definisi Bola Sepak

Assalammualaikum dan hai :)

Sebelum kita pergi lebih jauh, moleklah untuk kita semua tahu apakah itu definisi bola sepak.


Bola sepak (tulisan Jawi : بولا سيڤاق, bahasa Arab : لعبة كرة القدم) ialah sukan sepasukan yang paling banyak dimainkan dan ditonton di dunia, yang dimainkan oleh dua pasukan yang mana setiap - tiap pasukan terdiri daripada 11 orang pemain. Sebelum abad ke-21, sukan ini telah dimainkan oleh lebih daripada 250 juta orang di 200 negara, yang menjadikannya sebagai sukan paling popular di dunia. Bola sepak bertujuan untuk menjaringkan gol sebanyak-banyaknya dengan menggunakan bola kulit ke gol lawan. Bola sepak dilumbakan kat dalam padang yang berbentuk segi empat tepat, di atas rumput atau rumput sintetik. Badan pentadbiran dunia bola sepak ialah FIFA, atau Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (bahasa Inggeris : Federation International Football Association, bahasa Perancis : Fédération Internationale de FootballAssociation).

Pada awamnya, hanya penjaga gol sahaja yang dibenarkan menyentuh bola dengan tangan di dalam wilayah golnya. Manakala, 10 (sepuluh) pemain lainnya hanya diizinkan untuk menggunakan semua bahagian badannya selain daripada tangan, biasanya dengan kaki untuk menyepak, dada untuk mengawal, dan kepala untuk menanduk bola. Pasukan yang menjaringkan gol lebih banyak pada akhir perlawanan ialah pemenangnya. Jika sehingga masa berakhir masih berakhir siri, maka boleh dilakukan undian, pembaharuan masa ataupun tendangan penalti, bergantung daripada format penganjuran kejohanan.

Undang-undang perlawanan pada awamnya dikemaskini setiap tahun oleh induk pertubuhan bola sepak antarabangsa (FIFA), yang juga menganjurkan Piala Dunia FIFA setiap-tiap 4 (empat) tahun sekali.

Sejarah

Menurut FIFA, permainan-permainan yang mempunyai ciri-ciri bola sepak telah wujud di negeri China sejak abad ke-3 SM. Berbagai-bagai jenis permainan bola juga telah diperkenalkan pada Zaman Pertengahan Eropah.

Pada abad ke-19, permainan bola di sekolah-sekolah United Kingdom (yang mempunyai cara permainan yang berbeza mengikut sekolah) menjadi lebih popular. Lantaran itu, cara permainannya juga lebih teratur. Undang-undang awal diperkenalkan bagi menyeragamkan cara permainan yang berbeza-beza itu dan memudahkan pemain-pemain. Persatuan Bola Sepak England (The Football Association) telah ditubuhkan pada 1863 oleh beberapa kelab bola sepak. Persatuan ini berjaya menggubal undang-undang formal bola sepak yang pertama di dunia. Undang-undang ini kemudian berkembang menjadi Undang-undang Bola Sepak hari ini.

Kini, urusan Undang-undang Bola Sepak dikendalikan oleh Lembaga Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (International Football Association Board). Lembaga ini ditubuhkan pada 1886 dan mempunyai lapan ahli – empat wakil FIFA, empat wakil persatuan bola sepak England, Scotland, Wales dan Ireland Utara. Segala pemindaan Undang-undang Bola Sepak perlu diluluskan oleh Lembaga melalui undian majoriti.

Populariti bola sepak telah meningkat terutamanya pada abad ke-20. Kini, bola sepak menjadi satu industri yang lumayan melalui pendapatan hak siaran televisyen dan penjualan tiket di stadium-stadium. Permainan ini dimainkan pada peringkat professional level di seluruh dunia. Berjuta-juta peminat biasanya pergi ke stadium bola sepak untuk mengikut pasukan pilihan mereka, manakala berbilion-bilion pula melihat perlawanan bola sepak di televisyen. Sebilangan besar pemain juga bermain bola sepak pada peringkat amatur.

Mengikut kajian yang dilakukan oleh Fédération Internationale de Football Association (FIFA), badan pentadbir bola sepak, yang diterbitkan dalam musim bunga 2001, lebih daripada 240 juta orang biasanya bermain bola sepak dalam lebih daripada 200 negara di seluruh pelusuk dunia. Peraturannya yang mudah dan memerlukan peralatan yang minimum tidak syak lagi menolong penyebaran dan tumbesaran dalam popularitinya.

Banyak pihak dalam dunia bola sepak membangkitkan keinginan yang sangat memainkan peranan yang penting dalam kehidupan individu samada peminat, komuniti tempatan, malah negara; oleh itu ia merupakan sukan yang sangat popular di dunia. Oleh kerana itu ia selalunya digelar sebagai Pilihan Kenangan Dunia Lalu.

Taktik

Maklumat lanjut: Kedudukan dan formasi bola sepak

Peraturan perlawanan tidak menspesifikkan kedudukan pemain-pemain selain pejaga gol. Bagaimanapun, semasa perubahan kemajuan perlawanan sukan ini, sebilangan pemain yang spesifik telah berubah. Mereka termasuklah:
pertahanan - pemain yang pakar dalam mencegah jaringan gol musuh.
pemain tengah - pemain yang melakukan serangan dan memberikan lorongan bola kepada penyerang, tetapi juga menolong pertahanan dengan mengganggu serangan pasukan lawan pada peringkat awal.
penyerang - pemain-pemain yang berperanan untuk menjaringkan gol.

Kedudukan-kedudukan ini selanjutnya dibezakan oleh bahagian mana pemain banyak menghabiskan masa. Sebagai contoh, terdapat pertahanan tengah dan pemain tengah kiri.

Para pemain mungkin menghabiskan kebanyakan masa dalam perlawanan dalam bahagian spesifik di padang; bagaimanapun; mereka tidak dikekang oleh peraturan sukan dan boleh berubah kedudukan pada bila-bila masa. Ini juga boleh digunapakai oleh penjaga gol, yang biasanya menghabiskan kebanyakan masa perlawanan berhampiran dengan gol tetapi boleh melibatkan diri dalam permain berpasukan. Ini biasanya hanya berlaku pada tendangan percuma atau tendangan sudut di akhir perlawanan itu.

Susun atur para pemain di padang dipanggil sebagai formasi. Untuk menggambarkan satu formasi tiga nombor digunakan. Nombor pertama menentukan berapa banyak pemain pertahanan digunakan, yang kedua adalah bilangan pemain tengah yang akan digunakan dan yang ketiga adalah bilangan penyerang. Formasi yang popular dalam bola sepak moden termasuklah 4-4-2, 4-3-3, 3-5-2, 3-4-3 dan 4-5-1.

Jurulatih biasanya berperanan mengatur formasi dan taktik sesebuah pasukan.
Cara permainan

Bola sepak adalah sejenis permainan yang dimainkan di antara dua pasukan yang mengandungi 11 orang pemain yang masing-masing cuba memenangi perlawanan dengan menjaringkan lebih gol daripada pasukan lawannya. Satu gol adalah hasil hantaran bola yang merentasi garisan gol yang terletak di antara tiang gol dan palang gol. Bola sepak dimainkan dengan menggunakan kedua-dua belah kaki, tetapi para pemain dibenarkan menggunakan semua bahagian badannya kecuali tangan. Penjaga gol yang bertugas mengelakkan bola daripada merentasi garisan gol pula dibenarkan menggunakan tangannya untuk menangkap bola di dalam kawasan penalti.

Pasukan yang menjaringkan lebih banyak gol memenangi sesebuah perlawanan. Namun, kalau kedua-dua menjaringkan jumlah gol yang sama, perlawanan itu dianggap sama (draw). Dalam pertandingan kalah mati, bagi menentukan pemenang, masa 30 minit (masa berlebihan, extra time) akan ditambah jika kedua-dua pasukan menjaringkan jumlah gol yang sama dalam 90 minit yang asal. Pasukan yang menjaringkan gol yang lebih pada masa berlebihan ini memenangi perlawanan.

Kalau masa berlebihan tidak dapat menentukan pemenang, sepakan penalti akan diadakan. Setiap pasukan diberikan 5 sepakan penalti. Pasukan yang menjaringkan penalti yang lebih memenangi perlawanan.
Kejohanan antarabangsa
Pertandingan antarabangsa terbesar di dalam arena bola sepak ialah Piala Dunia FIFA yang dianjurkan oleh FIFA. Maklum, Piala Dunia FIFA diadakan setiap-tiap empat tahun sekali dan bermula di Uruguay pada tahun 1930. Lebih daripada 200 negara berlumba di peringkat kelayakan mengikut zon sebelum dapat melayakkan diri ke peringkat akhir. Perlawanan peringkat akhir ini biasanya berlangsung selama empat ahad dan kini melibatkan 32 pasukan (naik dari 24 pada tahun 1998). Brazil telah muncul sebagai pasukan yang paling berjaya di dalam Piala Dunia FIFA dengan muncul sebagai juara sebanyak 5 kali, terakhir juara 2002.

Pertandingan antarabangsa tertua di dalam arena bola sepak ialah Copa América yang dianjurkan oleh CONCACAF. Maklum, Copa América diadakan setiap - tiap dua tahun sekali dan bermula di Argentina pada 1916.

Badan induk tertinggiFIFA
Nama samaranBola
Pertama dimainkanTengah abad ke-19 England
Ciri-ciri
ContactBersentuh
Ahli pasukan11 pada satu masa
Jantina bercampurBerasingan
KategoriBerpasukan, bola
BolaBola sepak
OlimpikYa, sejak 1900
Sekian itu sahaja dari admin sumber diperoleh dari Abg Wikiwiki

Abg Nickel

Hai, assalamualaikum.
First of all, sesiapa yang ada twitter tu, jom lah follow abang kacak kita ni dulu ye, @ahmadhaziq96.
Kalau tak ada twitter, boleh follow dia kat Facebook. https://www.facebook.com/ahmadhaziq.ahmadkamil.

Okay, untuk pengetahuan korang, abang kita ni akan update segala-galanya tentang bola. Kira dia ni orang kuat bolalah. Okay, sekian untuk kali ni. Ohh, tidak lupa juga, jika anda ada apa-apa cadangan ataupun idea yang menarik, boleh e-melkan kat abang kacak kita ni. Ni alamat e-mel dia. haziqahmad32@yahoo.com.my