Jumaat, 21 Februari 2014

Hanya Mat Yo Yang Tahu

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia :)

Baru-baru ini, jurulatih sementara Harimau Malaya (HM) iaitu Datuk Ong Kim Swee (OKS) telah membuat perubahan dalam skuad kebangsaan. Banyak nama-nama baru telah tersenarai, namun begitu tidak lupa juga kepada skuad senior seperti Aidil Zafuan, Safee Sali, Nor Sharul Idlan Talaha dan ramai lagi.
Disebabkan itu, ramai pemerhati bolasepak tanah air mengkritik hebat keputusan yang dibuat oleh OKS. Namun begitu, Datuk OKS menegaskan bahawa keputusan beliau adalah demi menyelamatkan masa depan skuad kebangsaan.

Kesemua pemain yang telah tersenarai telah dipanggil untuk menjalani latihan sesi pertama skuad kebangsaan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin. Sungguhpun begitu, pemain kelahiran Terengganu, Nor Sharul Idlan Talaha ataupun lebih dikenali sebagai Mat Yo, gagal melaporkan diri ketika hari pertama latihan dijalankan.

“Memang betul, pada mulanya dia (Mat Yo) tidak melaporkan diri (bersama skuad kebangsaan). Hanya malam tadi (semalam), dia datang berjumpa dengan saya dan menunjukkan sebab serta memberikan alasan yang kukuh."


Berikut kata-kata dari Datuk Seri Subahan yang juga merupakan pengurus HM. Apa apa pun, kita tunggu sahaja kenyataan yang akan dibuat oleh Mat Yo berhubung isu tersebut.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan