Memaparkan catatan dengan label Harimau Malaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Harimau Malaya. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Februari 2014

Protes FAM

Assalammualaikum dan hai :)

Aku dengar cerita..

.

Ist Half

1minit permulaan bertafakur tanda hormat kepada pejuang negara yg terkorban dalam tragedi Lahad Datu.

30minit diam tanda protes kepada FAM dan Sekutunya..

Jika gol dalam masa 30 minit tu jerit la GOL.. takkan jerit tolong ! tolong !

Kemudian, kembali diam.. krikk..krikkk..krikk. .

2nd Half

Chant macam biasa..

yang penting bagi aku jangan dipangako sayoqkan sudah.

Jumaat, 21 Februari 2014

Hanya Mat Yo Yang Tahu

Assalamualaikum dan salam satu Malaysia :)

Baru-baru ini, jurulatih sementara Harimau Malaya (HM) iaitu Datuk Ong Kim Swee (OKS) telah membuat perubahan dalam skuad kebangsaan. Banyak nama-nama baru telah tersenarai, namun begitu tidak lupa juga kepada skuad senior seperti Aidil Zafuan, Safee Sali, Nor Sharul Idlan Talaha dan ramai lagi.
Disebabkan itu, ramai pemerhati bolasepak tanah air mengkritik hebat keputusan yang dibuat oleh OKS. Namun begitu, Datuk OKS menegaskan bahawa keputusan beliau adalah demi menyelamatkan masa depan skuad kebangsaan.

Kesemua pemain yang telah tersenarai telah dipanggil untuk menjalani latihan sesi pertama skuad kebangsaan di padang Wisma FAM, Kelana Jaya kelmarin. Sungguhpun begitu, pemain kelahiran Terengganu, Nor Sharul Idlan Talaha ataupun lebih dikenali sebagai Mat Yo, gagal melaporkan diri ketika hari pertama latihan dijalankan.

“Memang betul, pada mulanya dia (Mat Yo) tidak melaporkan diri (bersama skuad kebangsaan). Hanya malam tadi (semalam), dia datang berjumpa dengan saya dan menunjukkan sebab serta memberikan alasan yang kukuh."


Berikut kata-kata dari Datuk Seri Subahan yang juga merupakan pengurus HM. Apa apa pun, kita tunggu sahaja kenyataan yang akan dibuat oleh Mat Yo berhubung isu tersebut.

Khamis, 20 Februari 2014

Kapten Harimau Malaya 2014

Assalammualaikum dan hai :)

Setelah penafian Piya selaku kapten Harimau Malaya mungkin sebab sifat warak dan merendah diri beliau secara fizikal dan rohani, akhirnya jurulatih yang nampak belum juruletih telah melantik kapten baru dan penolong kapten yang baru. Siapa? Yang penting bukan Chopot!

Sumber utama dari Abg Nickel.




Rabu, 19 Februari 2014

Harimau Malaya: Skuad Ong Kim Swee

Assalammualaikum dan hai :)

Aku rasa ramai yang dah tahu pasal pemilihan skuad Harimau Malaya oleh Datuk Ong Kim Swee. Cuma aku nak kongsi juga. Lihat di bawah:

1. Baddrol Bakhtiar (Kedah)
2. Mohd Farizal Marlias (Selangor)
3. S. Kunanlan (Selangor)
4. Bunyamin Umar (Selangor)
5. Mohd Safee Sali (Johor Darul Takzim)
6. Mahalli Jasuli (Johor Darul Takzim)
7. Mohd Amri Yahyah (Johor Darul Takzim)
8. Mohamad Aidil Zafuan Abd Razak (Johor Darul Takzim)
9. Norshahrul Idlan Talaha (Johor Darul Takzim)
10. Safiq Bin Rahim (Johor Darul Takzim)
11. Mohd Shakir Shaari (Johor Darul Takzim)
12. Mohd Fadhli bin Mohd Shas (Johor Darul Takzim)
13. Mohd Nazrin Nawi (Johor Darul Takzim)
14. Azamuddin Mohd Akil (Pahang)
15. Mohd Hafiz Kamal (Pahang)
16. Mohd Razman Roslan (Pahang)
17. Mohd Khairul Azhan b. Mohd Khalid (Pahang)
18. Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan)
19. Mohd Badhri B. Mohd Radzi (Kelantan)
20. Ahmad Fakhri B. Saarani (Kelantan)
21. Muhammad Zubir Mohd Azmi (Terengganu)
22. Putera Nadher Amarhan Maderner @ Junior Eldstal (Sarawak)
23. Amiridzwan Taj Tajudin (ATM)
24. Bobby Gonzales (PDRM)
25. Muhammad Nazmi Faiz Mansor (PKNS FC)

Manakala 7 lagi pemain di dalam senarai simpanan:
1. K. Gurusamy (Selangor)
2. Mohd Azmi Muslim (Selangor)
3. Mohd Izham Tarmizi Roslan (Johor Darul Takzim)
4. Christie Jayaseelan (ATM)
5. Affize Faisal Mamat (ATM)
6. Venice Elphi Ak Danny Kaya (ATM)
7. Mohd Helmi Remeli (PKNS FC)


Okay! Lawan Filipina 1 Mac dan lawan Yemen 5 Mac. Aku rasa walaupun ramai yang mempertikai kenapa masih ramai muka sama tapi aku dapat lihat ada banyak juga sebenarnya pemain yang muka lain menghiasi skuad Harimau Malaya kita. Semoga Harimau Malaya berjaya, maju, menang sebab aku tak nak tunggu tahun 2986 baru Malaysia layak.